Sila log masuk terlebih dahulu.

PRK DUN Mahkota: Syed Hussien enggan janji bulan, bintang

18 September 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah memilih pendekatan untuk tidak menjanjikan 'bulan dan bintang' dalam usaha mendapatkan sokongan 66,318 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.

Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu mengambil sikap terbuka untuk sentiasa bersedia mendengar suara hati masyarakat setempat tanpa membezakan agama dan warna kulit, jika dipilih sebagai wakil rakyat pada 28 September ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/686171/berita/politik/prk-dun-mahkota-syed-hussien-enggan-janji-bulan-bintang

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BarisanNasional #SyedHussien #PRK #DunMahkota