Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama

SPRM menunggu masa sesuai untuk menahan warga Bangladesh yang dipercayai merupakan dalang utama membawa masuk warga asing dari negara itu ke Malaysia menggunakan modus operandi 'counter setting'.
SPRM menunggu masa sesuai untuk menahan warga Bangladesh yang dipercayai merupakan dalang utama membawa masuk warga asing dari negara itu ke Malaysia menggunakan modus operandi 'counter setting'.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunggu masa sesuai untuk menahan warga Bangladesh yang dipercayai dalang utama membawa masuk warga asing dari negara itu ke Malaysia menggunakan modus operandi 'counter setting' atau laluan kaunter khas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.

Azam Baki
Azam Baki

Kata beliau, berdasarkan siasatan dilakukan, suspek mempunyai perniagaan di negara ini.

"Kita masih belum dapat sebarang keputusan daripada pihak berkuasa di Bangladesh berhubung kegiatan suspek yang dipercayai menjadi pengatur kepada ejen membawa masuk pekerja ke Malaysia.

"Kelewatan ini disebabkan pergolakan atau ketidakstabilan politik yang berlaku di Bangladesh ketika ini," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Azam berkata, suspek yang dipantau itu dipercayai terlibat dengan ejen utama pencari kerja melibatkan warganegara tersebut.

Sehubungan itu katanya, SPRM menanti masa sesuai untuk bertindak ke atas suspek termasuk menahannya bagi membantu siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!