Fizz Fairuz, Almy Nadia timang anak perempuan kelima

Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Almy Nadia selamat melahirkan anak mereka pada pagi Rabu.
Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Almy Nadia selamat melahirkan anak mereka pada pagi Rabu.
A
A
A

PELAKON, pengarah dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak mereka pada pagi Rabu.

Fizz atau nama penuhnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, turut meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anak perempuan kelima itu.

"Anak perempuan," ujarnya ringkas kepada Sinar Harian.

Terdahulu, pengarah Mat Tudung Begin itu berkongsi khabar gembira menerusi Insta Story miliknya.

"Alhamdulillah... isteri saya sudah selamat melahirkan anak kelima saya.

"Terima kasih kepada yang mendoakan..." kongsinya ringkas.

Fizz dan Almy bersama anak-anak mereka.
Fizz dan Almy bersama anak-anak mereka.

Sekadar info, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pada April 2014.

Artikel Berkaitan:

Hasil 10 tahun berkongsi hidup bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata perempaun, Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; dan Nur Afrina Aisyah, 3 tahun.

Mereka juga turut mempunyai seorang anak anagkat iaitu Nur Afrina Darwisyah, 15 tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!