Perkasa institusi pendidikan Islam di Pahang ke arah arus perdana

Al-Sultan Abdullah mencemar duli berucap ketika merasmikan persidangan itu di Hotel Grand Darul Makmur di sini pada Rabu.
Al-Sultan Abdullah mencemar duli berucap ketika merasmikan persidangan itu di Hotel Grand Darul Makmur di sini pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu diperkasa dengan melaksanakan pendidikan ke arah arus perdana.

Al- Sultan Abdullah bertitah, sebagai Ketua Agama Islam di Pahang, baginda bertanggungjawab memastikan kewujudan sistem pendidikan berkualiti supaya dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja menguasai ilmu Islam, tetapi mampu berdaya saing dalam menghadapi cabaran serta memenuhi kehendak pasaran semasa.

Baginda telah menitahkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menganjurkan persidangan sebagai langkah permulaan.

"Saya inginkan supaya tuan-tuan diberikan taklimat dan pendedahan dalam semua garis panduan utama ke arah pelaksanaan sistem pendidikan Islam yang lebih sempurna," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas mencemar duli merasmikan persidangan pengetua dan pengusaha maahad tahfiz, madrasah dan pondok peringkat Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Rabu.

Al-Sultan Abdullah mencemar duli persidangan pengetua dan pengusaha maahad tahfiz, madrasah dan pondok peringkat Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Rabu.
Al-Sultan Abdullah mencemar duli persidangan pengetua dan pengusaha maahad tahfiz, madrasah dan pondok peringkat Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Rabu.

Al-Sultan Abdullah diiringi anakandanya, Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Baginda bertitah, sedar usaha untuk mengangkat martabat maahad tahfiz dan pondok serta menjadikan institusi agama ini ke arus perdana bukan sesuatu yang mudah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Al- Sultan Abdullah turut bertitah penubuhan dan pelaksanaan institusi pendidikan seperti maahad tahfiz, madrasah dan pondok sememangnya memerlukan kerjasama daripada pelbagai agensi berwajib.

”Saya yakin, percaya bahawa kita memerlukan pembangunan sumber manusia yang kreatif dan inovatif di samping kukuh dalam pegangan agama Islam serta memiliki jati diri yang mantap berasaskan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Sultan Abdullah bersalaman dengan sebahagian pengusaha maahad tahfiz, madrasah dan pondok selepas merasmikan persidangan pengetua dan pengusaha maahad tahfiz, madrasah dan pondok peringkat Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Rabu.
Al-Sultan Abdullah bersalaman dengan sebahagian pengusaha maahad tahfiz, madrasah dan pondok selepas merasmikan persidangan pengetua dan pengusaha maahad tahfiz, madrasah dan pondok peringkat Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Rabu.

“Dalam konteks ini, visi dan misi saya adalah untuk memastikan generasi anak-anak pelajar di maahad tahfiz, madrasah dan pondok diberikan peluang yang sama untuk berperanan secara langsung dalam memakmurkan negeri ini," titahnya.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, usaha untuk merealisasikan hasrat itu turut dilakukan MUIP melalui penubuhan Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM).

Baginda bertitah, IIDM mendapat kerjasama Ikatan Madrasah Pahang (IMP) yang mewakili maahad tahfiz, madrasah dan pondok negeri Pahang bagi melaksanakan kurikulum wajib di peringkat asas bagi semua pelajar terlibat.

“Institut Ilmu Darul Makmur sebagai pusat ilmu dan peradaban diharap menjadi pemangkin bagi memartabatkan negeri Pahang sebagai pusat rujukan ilmu dan peradaban Islam yang dikenali di seluruh dunia pada abad ke 21 ini," titahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!