Hampir RM800,000 ditemui dalam bilik tidur pegawai imigresen gred rendah
18 September 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Hampir RM800,000 ditemui dalam bilik tidur pegawai imigresen gred rendah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dan menyita wang tunai berjumlah RM766,693 daripada dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergred rendah terbabit sindiket 'counter setting' yang disorokkan di bilik tidur masing-masing.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, wang ratusan ribu itu ditemukan selepas suruhanjaya itu menahan keduanya bersama 48 lagi pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menerusi modus operandi 'counter setting' atau 'laluan kaunter khas'.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Rasuah