Kedai makan di Pantai Bersih rosak dibadai ombak

Seng Kok menunjukkan struktur lantai kedai yang runtuh berikutan ombak kuat sejak pagi Selasa.
Seng Kok menunjukkan struktur lantai kedai yang runtuh berikutan ombak kuat sejak pagi Selasa.
A
A
A

BUTTERWORTH - [DIKEMAS KINI] Beberapa kedai makan di Pantai Bersih, Bagan Ajam di sini rosak akibat dibadai ribut dan ombak besar sejak Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, terdapat kedai mengalami kerosakan di bahagian bumbung selepas diterbangkan angin.

Malah, kerosakan turut berlaku pada struktur kedai yang terletak di pantai akibat dihempas ombak besar.

Ombak kuat merosakkan beberapa kedai sekitar Pantai Bersih, Butterworth.
Ombak kuat merosakkan beberapa kedai sekitar Pantai Bersih, Butterworth.

Pemilik restoran makanan laut, Loh Seng Kok, 59, berkata, ombak kuat berlaku pada pagi Selasa merosakkan struktur lantai kedainya.

Menurutnya, kejadian angin kencang dan ombak kuat adalah terburuk sepanjang tujuh tahun menjalankan perniagaan di kawasan itu.

"Cuaca buruk bermula sejak jam 11 pagi Selasa ketika mahu memulakan operasi dan disebabkan faktor keselamatan, kami terpaksa menghalang pelanggan daripada memasuki kedai sebelum lantai runtuh.

Artikel Berkaitan:

Kejadian pokok tumbang di Pantai Bersih pada petang Rabu.
Kejadian pokok tumbang di Pantai Bersih pada petang Rabu.

"Mujur ketika kejadian, tiada pelanggan di kedai dan selepas berkemas, saya arahkan lebih 20 pekerja pulang ke rumah," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Sementara itu, kejadian pokok tumbang turut berlaku dan menghempap beberapa kenderaan.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!