[VIDEO] Isteri calon PN sudah 16 hari di hospital, dijangkiti kuman dalam darah

A
A
A

KLUANG - Sebalik kesibukkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang masuk hari kelima, isteri kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar sebenarnya sudah 16 hari menerima rawatan di hospital akibat jangkitan kuman dalam darah.

Mohamad Haizan berkata, isterinya, Rohimah Daud, 58, sedang mendapatkan rawatan di Enche' Besar Hajjah Khalsom Hospital, di sini sebelum hari penamaan calon lagi, namun kini dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun menurutnya, masalah kesihatan yang dihadapi isteri tidak melunturkan semangatnya dalam usaha memenangi hati pengundi.

Mohamad Haizan ketika melawat gelanggang futsal terbiar di Taman Sri Kluang pada Rabu.
Mohamad Haizan ketika melawat gelanggang futsal terbiar di Taman Sri Kluang pada Rabu.

"Betul (isteri sedang dirawat)...dalam darah ada kuman. Dia dalam keadaan stabil...(sudah) 16 hari (dapat rawatan).

"Saya kuat sebab isteri. Dia kata, teruskan sebab itu teruskan. Saya kuat (sebab) isteri saya bagi sokongan kuat.

"Kekuatan saya pada isteri saya. Jadi (saya) pergilah (bertanding). Tak ada masalah," katanya pemberita ketika melawat gelanggang futsal terbiar di Taman Sri Kluang, di sini pada Rabu.

Jelas Mohamad Haizan lagi, beliau sengaja tidak mahu mendedahkan keadaan kesihatan isterinya kepada umum sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya tak cerita sebab tak nak ganggu fikiran saya. Saya nak fokus," katanya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Mohamad Haizan daripada Bersatu.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!