Wanita Jepun panjang umur berbanding lelaki

Tomiko Itooka semasa menyambut ulang tahun kelahiaran ke 116 fo bandar Ashiya. - AFP
Tomiko Itooka semasa menyambut ulang tahun kelahiaran ke 116 fo bandar Ashiya. - AFP
A
A
A

TOKYO - Bilangan orang Jepun berumur 100 tahun ke atas mencecah rekod tertinggi iaitu lebih daripada 95,000 orang atau hampir 90 peratus adalah wanita.

Angka tersebut menyerlahkan lagi krisis demografi yang mencengkam Jepun apabila penduduknya didapati semakin menua manakala jumlah penduduk berkurang.

Menurut Kementerian Kesihatan sehingga 1 September, Jepun mempunyai 95,119 orang berusia 100 tahun ke atas iaitu meningkat 2,980 daripada tahun sebelumnya.

Jumlah tersebut turut merekodkan bahawa seramai 83,958 adalah wanita manakala 11,161 golongan lelaki.

Data yang diterbitkan kerajaan pada Ahad menunjukkan bahawa bilangan individu berusia lebih 65 tahun mencecah rekod tertinggi iaitu 36.25 juta.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun berkata, perkadaran tersebut meletakkan Jepun berada di tempat pertama dalam senarai 200 negara dan wilayah mempunyai populasi lebih daripada 100,000 orang.

Jepun kini menjadi tuan rumah kepada wanita tertua di dunia, Tomiko Itooka yang kini berusia 116 tahun dan dilahirkan pada 23 Mei 1908.

Pemegang rekod sebelum ini ialah Maria Branyas Morera yang meninggal dunia bulan lalu ketika berusia 117 tahun. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!