60 bekas pemandu TLDM berkumpul, rapatkan silaturahim

Perjumpaan bekas pemandu TLDM 3.0 bagi merapatkan silaturahim antara satu sama lain.
Perjumpaan bekas pemandu TLDM 3.0 bagi merapatkan silaturahim antara satu sama lain.
A
A
A

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Program perjumpaan bekas pemandu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 3.0 yang berlangsung selama dua hari satu malam mengumpulkan 130 bekas kakitangan itu termasuk keluarga bagi merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

Pengerusi program, Jeffri Mansor berkata, ada antara mereka tidak pernah berjumpa selepas menamatkan perkhidmatan masing-masing sekitar 30 tahun lalu.

Menurutnya, aktiviti dijalankan sepanjang perjumpaan itu antaranya sukaneka dan tahlil ringkas untuk mereka yang sudah meninggal dunia.

“Ini merupakan perjumpaan kali ketiga dan kami ialah pesara dari tahun perkhidmatan berbeza dengan lingkungan umur antara 45 dan 70 tahun.

“Setiap perjumpaan memang semua seronok tetapi ada juga yang tak sempat nak berjumpa kerana faktor kesihatan atau sudah meninggal dunia,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah inap desa di Batu Pahat, Johor pada 16 hingga 17 September lalu.

Jeffry mengharapkan agar perjumpaan tersebut dapat diteruskan setiap dua tahun dengan penyertaan lebih ramai.

Beliau turut mengharapkan setiap ahli dapat bertukar pandangan untuk memberi bantuan kepada anggota yang tidak sihat.

Artikel Berkaitan:

“Perjumpaan seperti ini membolehkan kita tahu siapa yang memerlukan dana untuk rawatan kesihatan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!