Wanita maut dihempap pokok di Pantai Penunjuk

Keadaan mangsa yang dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman
Keadaan mangsa yang dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman
A
A
A

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut dihempap pokok ketika hujan lebat dalam kejadian di Pantai Penunjuk, Kijal di sini pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, insiden tersebut berlaku sekitar jam 6.15 petang ketika mangsa, Saleha Ashaari, 49, yang juga seorang peniaga berada di kawasan tersebut sewaktu cuaca buruk melanda.

Menurutnya, mangsa yang beralamat di Kampung Titian Berayun Kijal di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Pasukan penyelamat sedang mengeluarkan mayat mangsa untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
Pasukan penyelamat sedang mengeluarkan mayat mangsa untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan ibu kepada tiga anak selesai dijalankan oleh pasukan penyelamat.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, keadaan hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan itu menyebabkan beberapa pokok tumbang menghempap kenderaan dan beberapa rumah penduduk di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!