Kanak-kanak tertusuk besi tembak ikan

Pasukan bomba melakukan operasi memotong besi yang tertusuk pada lengan kanan kanak-kanak di Klinik Kesihatan Nabawan.
Pasukan bomba melakukan operasi memotong besi yang tertusuk pada lengan kanan kanak-kanak di Klinik Kesihatan Nabawan.
A
A
A

KENINGAU - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas lengan tangan kanannya tertusuk besi menembak ikan dalam kejadian di sebuah kampung di Nabawan, dekat sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kanak-kanak yang berusia 10 tahun tersebut dihantar ke Klinik Kesihatan Nabawan, namun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba untuk memotong besi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.44 petang.

Katanya lagi, seramai enam anggota dikejar ke klinik kesihatan tersebut untuk memberi bantuan.

Besi untuk menembak ikan tertusuk pada lengan kanan kanak-kanak berusia 10 tahun di Nabawan.
Besi untuk menembak ikan tertusuk pada lengan kanan kanak-kanak berusia 10 tahun di Nabawan.

"Menurut maklumat, ketika kejadian kanak-kanak tersebut berlari lalu terjatuh dan kebetulan tempat dia terjatuh terdapat besi untuk menembak ikan.

"Jadi besi tersebut tertusuk pada lengan kanannya. Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke klinik oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan dan pasukan perubatan meminta bantuan anggota bomba untuk memotong bagi memendekkan besi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada malam Rabu.

Katanya lagi, operasi memotong besi tersebut segera dilakukan menggunakan pemotong besi.

Artikel Berkaitan:

Operasi memotong besi tersebut segera dilakukan menggunakan pemotong besi.
Operasi memotong besi tersebut segera dilakukan menggunakan pemotong besi.

"Ini bagi memudahkan pasukan perubatan melakukan pembedahan mengeluarkan besi tersebut dari lengan mangsa.

"Operasi memotong besi tersebut mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum kanak-kanak itu diserahkan semula kepada pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.04 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!