JDT ikat Shanghai Port

Pemain JDT, Arif Aiman merembat bola ke gawang Shanghai Port pada aksi ACLE di Stadium Pudong malam Rabu. Foto FB Johor Southern Tigers
Pemain JDT, Arif Aiman merembat bola ke gawang Shanghai Port pada aksi ACLE di Stadium Pudong malam Rabu. Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar keputusan positif pada aksi sulung Kumpulan A Liga Juara-Juara Elite (ACLE), apabila terikat 2-2 dengan Shanghai Port di Stadium Pudong sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan bermula baik sebaik wisel permulaan dengan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak ke gawang lawan dalam usaha membuka jaringan.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan itu perlu menunggu hingga minit ke-45 bagi meledak jaringan pembukaan buat pelawat, menerusi jaringan pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi.

Sebaik babak kedua berlangsung, skuad The Red Eagles itu hanya memerlukan tiga minit untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang, Gustav pada minit ke-48.

Terikat 1-1 menyaksikan kedua-kedua pasukan semakin menggandakan asakan bagi menambah jaringan.

Bagaimanapun, hasil satu serangan balas, Arif Aiman sekali lagi membuktikan kewibawaannya apabila menjaringkan gol kedua skuad Harimau Selatan pada minit ke-56.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Shanghai Port dilihat bingkas bangkit mengatur asakan ke gawang pelawat dan menyaksikan William Popp menyamakan kedudukan pada minit ke-73.

Penghujung perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan dan menyaksikan keputusan 2-2 kekal hingga ke wisel penamat.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

JDT ikat Shanghai Port #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #BolaSepak #JDT #ShanghaiPort

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!