PRK Mahkota penentu kerjasama BN, PH peringkat Johor

Mujibu
Mujibu
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dilihat menjadi penentu sama ada kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan akan diteruskan atau tidak di negeri Johor.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, ia bergantung kepada PRK Mahkota kerana dinamika itu harus menjadi pemberat kepada keputusan pada masa akan datang memandangkan kekuatan BN untuk bergerak solo jelas ada.

Bagaimanapun menurutnya, berkuasa di peringkat negeri tetapi tidak di Persekutuan akan memberi masalah kepada Johor sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Apa yang boleh kita perkatakan kerjasama di peringkat pusat ketika ini saya lihat membina momentum.

"Cuma yang mungkin boleh jadi persoalan apakah sekiranya BN menang dengan angka barangkali menunjukkan sesuatu kepada kerjasama di peringkat persekutuan, akan berterusan di peringkat negeri kerana persoalan itu terkait rapat dengan keputusan PRK nanti," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi 456 bertajuk 'Biru Apa Warna Mahkota?' yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Program yang dihoskan Ismail Adnan itu turut menampilkan Pensyarah Setiausaha Kerja Bersatu Johor, Muhammad Syafiq Aziz dan Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros.

Tambah Mujibu, UMNO perlu melihat sejauh mana kebersamaan mereka dan PH dalam konteks perpaduan persekutuan mampu menarik undi bukan Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Ini kerana dalam masa sama sudah tentu BN mahu melihat pengaruh PN terutamanya bercakap mengenai gelombang hijau. Namun barangkali tidak sampai di Johor.

"Justeru, pakatan ini perlu ambil kira bagaimana keputusan PRK nanti mampu mengolah apa saja warna kerjasama. Boleh berterusan di peringkat negeri atau berbeza kerana kuncinya tetap dipegang pada keputusan Mahkota," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!