Angeline Tan harap kekal istiqamah

Angeline dan Sabri tampil mewarnai program ilmiah berjudul Angeline Tanya Abang Jawab di TV AlHijrah.
Angeline dan Sabri tampil mewarnai program ilmiah berjudul Angeline Tanya Abang Jawab di TV AlHijrah.
A
A
A

PENGHIJRAHAN pelakon senior, Angeline Tan sebagai seorang mualaf sedikit sebanyak membawa kepada perubahan positif dalam hidupnya.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan Yoke Yeah bergelar saudara baharu pada 26 September tahun lalu, sekali gus mengubah penampilannya dengan tampil berhijab.

Bagaimanapun, sebagai saudara baharu, Angeline mengakui sedikit tidak selesa ketika tempoh awal menyesuaikan diri bertudung sepenuhnya.

“Angeline pernah mengadu dekat abang (Sabri Yunus) bahawa pakai tudung itu panas, tapi kata-kata itu hanyalah untuk bermesra dengan suami.

“Sebagai selebriti, keputusan untuk berhijab memerlukan tahap istiqamah yang tinggi kerana bakal dikelilingi dengan pelbagai dugaan ketika berada di pentas seni,” katanya.

Angeline
Angeline

Bagaimanapun, katanya, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Sabri, bintang sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu pernah menitipkan doa supaya ALLAH memberikan kekuatan untuknya menjadi Muslim yang sebenar.

Berkat doa tersebut, Angeline bersyukur kerana masih dapat menutup aurat dengan sempurna sehingga ke saat ini.

Artikel Berkaitan:

Namun, setelah hampir setahun tampil dengan imej baharu, Angeline mengakui kerjaya lakonannya tidak lagi rancak seperti dahulu.

“Sampai sekarang saya belum mendapat tawaran untuk berlakon.

“Mula-mula memang rasa tak biasa, sebab kita sibuk bekerja tetapi bila tiba-tiba tak ada kerja, rasa macam sedikit kekok,” katanya.

Percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, wanita berusia 57 tahun itu menggunakan masa terluang untuk mempelajari perkara-perkara baharu terutamanya berkaitan Islam.

“Saya nak berlakon tetapi rasanya susah untuk mereka nak cari watak untuk saya sebab biasanya kita berlakon watak Cina.

“Tetapi saya okey sahaja, sebab saya rasa ini adalah peluang untuk saya belajar perkara baharu, kerana kalau terlalu sibuk saya tidak dapat pergi ke kursus dan buat perkara-perkara lain,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Angeline dan Sabri tampil mewarnai program ilmiah berjudul Angeline Tanya Abang Jawab menerusi siaran TV AlHijrah bermula pada 18 September lalu.

Program tersebut akan menampilkan pasangan pelakon senior berkenaan yang akan saling berinteraksi melalui soalan-soalan berkaitan pelbagai isu agama dari perspektif yang mudah difahami golongan Mualaf.

Antar terlibat ialah Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustaz Azhar Ghazali, Ustaz Zul Ramli dan Imam Muda Asyraf yang akan menjawab persoalan Angeline.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!