Hazwan, Ramadhan taruhan Kuching City harungi baki saingan Liga-M

Hazwan. Foto Kuching City FC
Hazwan. Foto Kuching City FC
A
A
A

PENGENDALI Kuching City, Aidil Sharin Sahak percaya kehadiran Hazwan Bakri dan Ramadhan Saifullah dapat menjadi nilai tambah kepada The Cats dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Malah Aidil Sharin yakin pengalaman Hazwan (pemain penyerang) dan Ramadhan (pemain tengah) yang dipinjamkan dari pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membantu mematangkan lagi corak permainan pemain Kuching City.

“Kuching City, sama seperti pasukan lain saingan Liga Malaysia akan berusaha memantapkan pasukan dengan kehadiran beberapa pemain baharu bagi meningkatkan daya saingan pasukan.

“Saya percaya pengalaman Hazwan dan Ramadhan dimiliki ketika bersama JDT akan meningkatkan lagi daya saing pasukan.

Ramadhan. Foto Kuching City FC
Ramadhan. Foto Kuching City FC

"Cuma kami menjangkakan Hazwan hanya akan bersedia beraksi pada Oktober kerana dia memerlukan sedikit masa untuk kembali ke tahap terbaiknya selepas tidak beraksi perlawanan kompetitif hampir setahun.

“Kami di Kuching City juga amat berterima kasih kepada pemilik kelab bola sepak JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sentiasa membantu kelab ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Kuching City yang berada di kedudukan kelima selepas mengharungi 10 perlawanan dengan menang tiga, seri lima, tewas dua dijadualkan berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri (27 September) sebelum melayan kunjungan Negeri Sembilan FC di Stadium Negeri (18 Oktober).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!