Enam bulan sorok bunuh suami diserang strok

Tiromsi dinamakan sebagai suspek kes pembunuhan suaminya berdasarkan keterangan beberapa saksi. - Foto Agensi
Tiromsi dinamakan sebagai suspek kes pembunuhan suaminya berdasarkan keterangan beberapa saksi. - Foto Agensi
A
A
A

KOTA MEDAN - Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.

Pensyarah di salah sebuah kampus swasta dikenali sebagai Dr Tiromsi Sitanggang, 61, itu dinamakan sebagai suspek yang membunuh suaminya, Rusman Maralen Situngkir, 61, di Kota Medan, Sumatera Utara di Indonesia.

Jurucakap polis, Alexander Putra Piliang memaklumkan kejadian itu berlaku di rumah mereka di Kecamatan Medan Helvetia pada 22 Mac lalu.

"Perbuatannya diketahui pihak berkuasa setelah kubur mangsa digali semula untuk siasatan forensik.

"Wanita itu pada mulanya berjaya menyembunyikan bukti. Suspek juga mendakwa suaminya meninggal dunia kerana kemalangan," katanya pada Selasa.

Hasil siasatan di lokasi nahas seperti didakwa Tiromsi juga gagal menemui sebarang bukti bagi menyokong keterangannya.

"Ketika petugas mahu melakukan pemeriksaan lanjut terhadap mayat suaminya, dia terburu-buru mahu membawanya ke Sidikalang untuk dikebumikan.

"Adik mangsa berasa berat hati kerana dia telah menemui kesan kecederaan fizikal," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, proses penggalian semula kubur mangsa dilakukan setelah keputusan sampel yang didakwa sebagai darah haid anak mereka sepadan dengan darah suaminya.

"Terdapat banyak kesan luka pada tubuhnya termasuk di bahagian kemaluan.

"Hasil autopsi menunjukkan mangsa sememangnya telah didera dengan teruk.

"Kami yakin ia dilakukan isterinya dan telah dinamakan sebagai suspek sementara," jelasnya lagi.

Tiromsi bagaimanapun tidak mengaku membunuh suaminya malah sanggup bersumpah atas nama tuhan.

"Saya sangat menyayangi suami saya dari sejak mula berkahwin hingga dia menutup mata," ujarnya sambil menambah dia turut mendapatkan rawatan untuk mangsa yang diserang strok.

Difahamkan, mangsa tidak pernah memberikan nafkah kepadanya malah Tiromsi yang menggalas tanggungjawab untuk menanggung keluarganya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!