20 maut, 450 cedera ‘walkie-talkie’ meletup di Lubnan

Jumlah kematian dalam insiden terbaharu di seluruh Lubnan melibatkan letupan ‘walkie-talkie’ pada Rabu meningkat kepada 20 orang, sementara 450 lagi mengalami kecederaan. Foto AFP
Jumlah kematian dalam insiden terbaharu di seluruh Lubnan melibatkan letupan ‘walkie-talkie’ pada Rabu meningkat kepada 20 orang, sementara 450 lagi mengalami kecederaan. Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Jumlah kematian dalam insiden terbaharu di seluruh Lubnan melibatkan letupan ‘walkie-talkie’ pada Rabu meningkat kepada 20 orang, sementara 450 lagi mengalami kecederaan, lapor portal berita CNN yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu.

Letupan terbaharu berkenaan tercetus sehari selepas peranti elektronik yang digunakan oleh pejuang Hezbollah meletup di seluruh negara itu yang meragut 12 nyawa dan mencederakan lebih 2,800 orang.

Saksi di kawasan itu memberitahu, letupan baharu kedengaran di pinggir selatan Beirut dan selatan Lubnan pada Rabu. Sementara itu, sumber keselamatan Lubnan mengesahkan, walkie-talkie berkenaan meletup sebahagiannya di dalam kereta dan ada yang dibawa oleh anggota Hezollah menaiki motosikal.

Bunyi letupan itu berlaku pada waktu sama dengan tempoh berkabung Hezbollah bagi sebahagian daripada mereka yang terbunuh dalam letupan alat kelui pada Selasa.

"Serangan ini akan menerima hukuman balas, dan hukuman itu akan datang, Insya-ALLAH," kata Pengerusi Majlis Eksekutif Hezbollah, Hashem Sefeiddine, semasa pengebumian.

Beliau berkata, Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah akan berkongsi pandangannya pada Khamis apabila "segala-galanya akan menjadi lebih jelas."

"Kami akan berdepan dengan corak baharu dan konfrontasi baharu dengan musuh," kata Sefeiddine. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!