Tiga suspek kes amang seksual GISBH tiba di mahkamah

Tiga lelaki yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini tiba di Mahkamah Sesyen di Seremban pada Khamis.
Tiga lelaki yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini tiba di Mahkamah Sesyen di Seremban pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Difahamkan suspek berusia 20 hingga 22 tahun itu merupakan pekerja di sebuah madrasah di Kuala Pilah.

Sebuah van yang membawa mereka tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 9.09 pagi.

Kesemua mereka yang memakai kemeja-T lengan panjang kelihatan tenang ketika gambar dirakam media.

Pertuduhan di Seremban merupakan kes kedua didakwa melibatkan GISBH selepas seorang lelaki didakwa di mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu atas kesalahan membabitkan ugutan jenayah.

Ketiga-tiga tertuduh dijangka didakwa atas 14 pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 dan Seksyen 14(b) Akta 792 merujuk kepada kesalahan amang seksual fizikal atas kanak-kanak.

Minggu lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!