Dr Mahathir, Imran Khan bertemu di Putrajaya
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengadakan pertemuan di Perdana Putra di sini hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala yang sedia wujud antara Malaysia dan Pakistan
Wisma Putra, dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai isu global dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.
Imran Khan tiba di Malaysia malam tadi untuk lawatan kerja dua hari.
Ini merupakan lawatan kerja kali kedua bekas bintang kriket itu ke Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2018. Lawatan pertamanya pada November 2018. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!