Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Bandung

Laporan Sinar Harian mengenai kejadian gempa bumi melanda Bandung
Laporan Sinar Harian mengenai kejadian gempa bumi melanda Bandung
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada rakyat Malaysia dilapor terkesan atau terjejas susulan insiden gempa bumi di Bandung, Indonesia pada Rabu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, sedang memantau rapat situasi tersebut.

“Rakyat Malaysia di sekitar kawasan terjejas dinasihatkan agar berhati-hati dan memantau perkembangan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Mereka yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat peribadi digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar di Jakarta, Indonesia di talian 62 21 522 4947 dan 62 813 8081 3036 untuk kecemasan pada luar waktu pejabat.

Sebelum ini media melaporkan, gegaran gempa bumi berukuran 4.9 skala Ritcher telah melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada beberapa kerosakan kediaman dan kemudahan awam termasuk pusat kesihatan, tempat ibadat dan balai polis.

Bagaimanapun jurucakap Badan Mitigasi Bencana Nasional (BPNB) Indonesia, Abdul Muhari berkata, tiada korban jiwa dilaporkan setakat jam 9.41 pagi waktu tempatan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!