100 rumah di Sik terjejas akibat dibadai ribut

Keadaan sebuah rumah yang rosak dibadai ribut di Sik. Foto APM Sik
Keadaan sebuah rumah yang rosak dibadai ribut di Sik. Foto APM Sik
A
A
A

SIK - Hujan lebat berserta angin kuat yang melanda pada Rabu mengakibatkan 100 rumah di sini rosak akibat dibadai ribut.

Kejadian ribut itu membabitkan dua mukim di daerah ini iaitu 73 kes rumah terjejas di Mukim Sik dan 27 kes di Mukim Jeneri.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, hujan sejak 15 September lalu menyumbang berlakunya pokok tumbang susulan struktur tanah lemah dan ditambah pula angin kencang semalam.

Hujan lebat berserta angin kuat yang melanda pada Rabu mengakibatkan pokok tumbang. Foto APM Sik
Hujan lebat berserta angin kuat yang melanda pada Rabu mengakibatkan pokok tumbang. Foto APM Sik

“Sehingga jam 10 pagi hari ini, Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik merekodkan kejadian pokok tumbang sebanyak 100 kes sehingga pagi ini.

"Dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat seperti APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sik, dan orang awam serta badan bukan kerajaan (NGO), Khidmat Malaysia Kawasan Sik berjaya menyelesaikan sebahagian besar kes yang diterima.

"Susulan ramalan cuaca waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sehingga 21 September ini, orang awam diminta berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling," katanya.

Haisul Aishah berkata, orang awam di Daerah Sik boleh menghubungi APM Sik di talian 0108177991 atau talian kecemasan MERS 999. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!