PRK Mahkota: PN umum manifesto dua hari lagi

Azmin Ali
Azmin Ali
A
A
A

KLUANG - Manifesto Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dijangka diumumkan dalam tempoh dua hari lagi.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya kini pada peringkat akhir perbincangan bagi memuktamadkan tawaran yang akan diberikan kepada lebih 66,000 pengundi DUN ini.

Jelas beliau, terdapat sebahagian tawaran yang dirangka dalam manifesto telah dinyatakan oleh calon dan juga kepimpinan PN sebelum ini.

"Seperti diketahui, DUN Mahkota adalah satu kerusi yang kecil di Johor dan sudah pasti suara kita untuk DUN ini penting di DUN Johor kelak.

"Jadi, kita nak melihat beberapa isu besar yang boleh diangkat oleh wakil kita di DUN Johor sekiranya dia (Mohamad Haizan Jaafar) dipilih menjadi wakil rakyat," katanya dalam ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham di sini pada Rabu.

Sementara itu, Azmin berkata, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bersetuju membantu PN berkempen dalam PRK DUN Mahkota bagi meraih undi orang muda memandangkan lebih 50 peratus pengundi terdiri daripada kumpulan itu.

Ditanya sama ada Muda akan menyertai gabungan PN, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan selepas PRK DUN Mahkota.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon BN, Mohamad Haizan Jaafar.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH, PN dan Warisan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!