[VIDEO] 93 pesawah rugi besar, bendang jadi 'lautan'

A
A
A

KUBANG PASU - Seramai 93 pesawah di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu mengalami kerugian lebih RM2 juta selepas 232 hektar sawah mereka ditenggelami banjir.

Berdasarkan tinjauan, sawah milik mereka diibaratkan sebuah lautan apabila padi yang sudah hampir dituai tenggelam sepenuhnya sejak Isnin lalu.

Keadaan sawah di bawah PPK Lubuk Batu bagaikan lautan selepas ditenggelami banjir.
Keadaan sawah di bawah PPK Lubuk Batu bagaikan lautan selepas ditenggelami banjir.

Seorang pesawah, Megat Asmadi Megat Saidin, 52, dari Kampung Panchor berkata, dia mengalami kerugian sangat banyak apabila 19 hektar sawahnya rosak ditenggelami banjir.

Pekerja Harun, Mohd Adam Hariz Adnan menunjukkan padi yang hampir dituai.
Pekerja Harun, Mohd Adam Hariz Adnan menunjukkan padi yang hampir dituai.

"Kerugian saya sangat banyak, tak dapat nak disebut berapa jumlahnya. Serelung (kira-kira 0.29 hektar) biasanya dapat 1.5 tan metrik padi.

"Harga setan metrik padi RM1,800, kira lah berapa kerugian saya kena tanggung musim ini," katanya ketika ditemui di Kampung Padang Luar di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Menurut Megat Asmadi, dia juga menanggung kerugian dari segi kos mengambil upah membajak dan membekalkan benih padi kepada pesawah sekitar.

"Selalunya mereka akan bayar lepas musim menuai, tetapi bila jadi macam ni, saya rasa mereka pun tak mampu nak bayar," katanya.

Tambahnya, banjir kali ini merupakan yang terburuk dalam tempoh 14 tahun selepas kali terakhir kawasan tersebut dilanda banjir besar pada 2010.

"Kalau tak dapat bantuan segera, saya memang dah tak mampu nak mulakan semula tanaman padi.

"Selepas banjir kita perlu tengok semula struktur tanah, jerlus atau tidak, kalau jerlus perlu rawat semula dan akan mengambil sedikit masa pula," katanya.

Megat Asmadi menunjukkan sawahnya yang tenggelam di Kampung Padang Luar pada Khamis.
Megat Asmadi menunjukkan sawahnya yang tenggelam di Kampung Padang Luar pada Khamis.

Dalam pada itu, Abdul Jalil Abdullah, 59, dari Kampung Padang Luar pula berkata, dia mengalami kerugian melebihi RM5,000 selepas 0.43 hektar sawahnya turut ditenggelami banjir.

"Kalau ikutkan saya dah tempah mesin padi untuk mengerat (menuai), tapi dah banjir pula.

"Selain itu, kos benih, membajak, tenaga buruh semua pesawah nak kena tanggung," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PPK Lubuk Batu Harun Ramli, 72, berkata, pihaknya sangat berharap kerajaan Madani dapat segera menyediakan peruntukan bagi membantu meringankan beban 93 pesawah yang terjejas di kawasan tersebut.

"Padi sepatutnya dah boleh tuai dalam seminggu ni, tapi semuanya dah rosak.

"Bila tenggelam dalam air, selut melekat pada buah padi, memang dah tak boleh buat apa dah.

"Kerugian kali ni sangat besar, lebih kurang macam banjir 2010," katanya.

Harun berkata, beliau turut merayu agar kerajaan dapat mempercepatkan bantuan sementara menunggu menuai padi sebanyak RM600 kepada semua petani untuk musim ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!