Buru habis-habisan sindiket ‘counter setting’ - Pemuda MCA

SPRM sebelum ini memaklumkan, dalang utama sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi 'counter setting' atau laluan kaunter khas akan didakwa awal Oktober ini.
SPRM sebelum ini memaklumkan, dalang utama sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi 'counter setting' atau laluan kaunter khas akan didakwa awal Oktober ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa memburu habis-habisan individu yang terlibat dengan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’ kerana ia memberi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, semua kumpulan yang terlibat ini perlu ditumpaskan dan diburu hingga ke lubang cacing, selain turut diheret ke muka pengadilan.

Choo Seong. Foto Facebook Neow Choo Seong
Choo Seong. Foto Facebook Neow Choo Seong

“Jenayah yang dilakukan itu amatlah jijik dan berupaya menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara. Tahniah diucapkan kepada pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kejayaan dalam misi membanteras gejala rasuah di pintu masuk negara.

“Penemuan wang tunai berjumlah hampir RM1 juta di dua lokasi berbeza di seperti didedahkan merupakan satu berita kemenangan buat rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menahan seramai 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menerusi modus operandi ‘counter setting’ atau ‘laluan kaunter khas’.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 penguat kuasa terlibat adalah pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang lagi merupakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau dalam masa sama turut mendedahkan penemuan wang tunai hampir RM800,000 dalam serbuan di kediaman dua pegawai Imigresen bergred rendah yang terbabit sindiket berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Choo Seong juga memaklumkan, kenyataan Azam Baki mengenai wang ditemukan merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM1.49 juta berjaya disita daripada penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’.

“Pemuda MCA berharap orang ramai terus menyalurkan maklumat sahih kepada pihak berkuasa tanpa rasa gentar kerana usaha membanteras jenayah adalah tanggungjawab kita bersama.

“Ini juga masa terbaik untuk membersihkan nama Malaysia daripada gejala rasuah secara total,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!