Op Pump: Dua pegawai penguat kuasa termasuk suspek utama direman

Suspek sindiket 'counter setting' membabitkan dua pegawai penguat kuasa direman SPRM setelah mendapat kebenaran Mahkamah Sivil Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.
Suspek sindiket 'counter setting' membabitkan dua pegawai penguat kuasa direman SPRM setelah mendapat kebenaran Mahkamah Sivil Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua pegawai penguat kuasa termasuk suspek utama yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi 'counter setting'.

Menurut sumber, Majistret Fairuz Syuhada Amran membenarkan suspek utama direman selama lima hari sehingga Isnin, manakala suspek kedua direman selama tujuh hari sehingga Rabu.

Kata sumber, reman dibuat selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sivil Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) dan KLIA2.

Suspek sindiket 'counter setting' membabitkan dua pegawai penguat kuasa dibawa ke Mahkamah Sivil Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis untuk mendapatkan perintah reman.
Suspek sindiket 'counter setting' membabitkan dua pegawai penguat kuasa dibawa ke Mahkamah Sivil Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis untuk mendapatkan perintah reman.

"Kedua-dua suspek telah ditahan di pejabat SPRM Negeri Sembilan pada jam 3 pagi dan jam 5.40 petang pada Rabu ketika hadir bagi dirakamkan keterangan.

"Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada ejen-ejen sindiket selain bertindak mengatur urusan laluan kaunter khas bagi melepaskan warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya di pintu masuk udara negara," katanya pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua suspek berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!