Harimau Malaya naik dua anak tangga, kini ranking ke-132 dunia

Skuad Harimau Malaya melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-132 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
Skuad Harimau Malaya melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-132 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-132 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Mengikut laman sesawang www.fifa.com, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mengumpul keseluruhan 1,117.64 mata untuk meningkat daripada posisi ke-134 dunia yang dihuni sejak 18 Julai lepas.

Perkembangan positif itu dicapai susulan kejayaan menamatkan kemarau 11 tahun muncul juara saingan Pestabola Merdeka 2024 berlangsung dari 2 hingga 10 September lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini yang disertai juara bertahan Tajikistan, Lebanon dan Filipina.

Bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan daripada negara Asia Tenggara lain antaranya Vietnam di kedudukan ke-116 sementara Thailand ke-100.

Bagi zon Asia, lima pasukan terbaik ialah Jepun yang menduduki ranking ke-16 dunia, Iran (ke-19), Korea Selatan (ke-23), Australia (ke-25) dan Arab Saudi (ke-56).

Sementara itu, juara Piala Dunia 2022 Argentina kekal sebagai pasukan nombor satu dunia diikuti Perancis di tempat kedua, Sepanyol (ketiga), England (keempat) dan Brazil melengkapkan pasukan lima teratas dalam ranking FIFA. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!