Nasab anak GISBH bergantung kepada status perkahwinan ibu bapa - Mohd Na’im

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nasab anak-anak ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan baru-baru ini hanya boleh ditentukan selepas status perkahwinan ibu bapa disahkan sama ada mengikut syarak atau sebaliknya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, isu berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah negeri kerana penentuan nasab terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

"Hakim Mahkamah Syariah yang akan lihat (menerusi) keterangan lisan atau dokumen... dari situ mereka akan menentukan sama ada wujudnya perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak.

"Apabila mahkamah mengisytiharkan bahawa anak itu adalah anak yang sah taraf baharulah boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan polis menyelamatkan 392 kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISBH dari 20 rumah amal dalam Op Global.

Menurut Razarudin, siasatan turut mendapati sebahagian kanak-kanak berkenaan di 'bin' dengan Abdullah yang mana ibu bapa tidak mengetahui status kanak-kanak berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Nai'im berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memainkan peranan jawatankuasa khas bagi menyelaraskan urusan berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, sijil pernikahan hanya boleh dikeluarkan setelah mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan ibu bapa adalah sah.

Artikel Berkaitan:

"Dengan adanya sijil pernikahan itulah yang membolehkan JPN untuk mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kelahiran sah semua anak terbabit.

"Isunya sekarang anak-anak itu seolah-olah tidak sah taraf dan tiada dokumen yang menunjukkan mereka lahir hasil perkahwinan yang sah," jelasnya.

@sinarharianonline

Nasab anak GISBH bergantung kepada status perkahwinan ibu bapa - Mohd Na’im #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #GISBH #Status #Nasab #Anak #Perkahwinan #IbuBapa

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!