GISBH: Azalina sokong RCI siasat kes dera kanak-kanak rumah amal

Hantaran Azalina di laman X.
Hantaran Azalina di laman X.
A
A
A

PUTRAJAYA - Cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes penderaan, pengantunan dan eksploitasi terhadap 402 kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) disokong sepenuhnya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menerusi hantaran di laman X, Azalina menegaskan, undang-undang yang terbaik untuk melindungi kanak-kanak boleh diwujudkan.

"Tetapi sekiranya ada sikap berat sebelah pengawal selia terhadap penguat kuasa agama, maka tiada kanak-kanak akan diselamatkan dalam situasi begitu," katanya pada Khamis.

Terdahulu, Majlis Peguam Malaysia menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Dr Farah Nini Dusuki mengenai penubuhan RCI berkenaan.

Katanya, ia penting untuk dilaksanakan segera kerana laporan mengenai kes tersebut amat mengejutkan.

Sebelum ini, Farah Nini dilaporkan turut meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) membentuk jawatankuasa khas bagi membangunkan strategi komprehensif untuk mencegah penderaan, pengantunan dan eksploitasi berulang kembali di semua institusi berkaitan kanak-kanak termasuk rumah amal.

Seramai 402 kanak-kanak dipercayai didera, dan dieksploitasi diselamatkan polis dari 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 September lalu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!