Koronavirus bukan alasan henti berlatih

James Selvaraj
James Selvaraj
A
A
A

PENULARAN wabak koronavirus ketika ini diharap tidak dijadikan alasan buat pemain-pemain badminton negara untuk tidak meneruskan sesi latihan masing-masing seperti biasa.

Legenda badminton negara, Datuk James Selvaraj berkata, sesi latihan berkenaan masih perlu diteruskan dalam usaha menyediakan pemain menjelang kejohanan-kejohanan yang akan dianjurkan kelak.

Bagaimanapun menurutnya, sesi latihan berkenaan perlu diawasi dan dipantau dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan pemain-pemain berkenaan.

"Bagi saya, semua pemain mesti teruskan latihan. Latihan ini penting sebagai persiapan pemain. Tapi mungkin cara latihan berbeza sikit kerana perlu asingkan pemain lelaki dan wanita atau sebagainya.

"Apa pun, latihan perlu diteruskan. Kalau tak berlatih, keadaan mungkin akan bertambah buruk (kekalahan)," katanya kepada Sinar Harian.

Selvaraj berkata demikian bagi mengulas persiapan skuad badminton negara khususnya wanita, yang difahamkan sedang menjalani latihan di Thailand ketika ini.

Kesemua pemain berkenaan berada Bangkok selepas berakhirnya Thailand Masters dari 21 hingga 26 Januari lalu sebagai persediaan ke Kejohanan Badminton Asia dari 11 hingga 16 Februari di Manila, Filipina.

Selain itu difahamkan Kejohanan Badminton Asia (BAC), Wuhan (dari 21 hingga 26 April) yang turut menawarkan mata kelayakan Olimpik Tokyo 2020 juga terpaksa ditunda kerana penularan wabak koronavirus.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Selvaraj berharap agar penularan wabak berkenaan tidak menjejaskan persiapan pemain khususnya daripada segi persiapan mental menjelang kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Thomas / Uber yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark dari 16 hingga 24 Mei ini.

"Pemain perlu teruskan latihan. Cuma keutamaan sekarang adalah untuk jaga kesihatan dan keselamatan masing-masing.

"Lagipun, kita sendiri pun tak tahu samada kejohanan-kejohanan yang disebutkan tadi akan diteruskan atau dibatalkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!