Letupan walkie-talkie: Pemimpin Hizbullah beri ucapan malam ini

Jumlah kematian dalam insiden terbaharu di seluruh Lubnan melibatkan letupan ‘walkie-talkie’ pada Rabu meningkat kepada 20 orang, sementara 450 lagi mengalami kecederaan. Foto AFP
Jumlah kematian dalam insiden terbaharu di seluruh Lubnan melibatkan letupan ‘walkie-talkie’ pada Rabu meningkat kepada 20 orang, sementara 450 lagi mengalami kecederaan. Foto AFP
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dijangka memberikan ucapan berkaitan serangan pager dan walkie-talkie yang berlaku dua hari lalu.

Difahamkan, Hassan akan menyampaikan ucapan tersebut secara langsung pada 5 petang waktu Lubnan bersamaan jam 10 malam waktu tempatan.

Memetik laporan berita Al-Jazeera, ucapan beliau penting bagi meredakan kebimbangan masyarakat dengan menjelaskan dan mendedahkan perkara yang berlaku.

Selain itu, penganalisis ketenteraan Elijah Magner berkata, ia memberikan ketenangan, namun bukan sebagai pengakhiran bagi kemalangan yang berlaku tersebut.

“Orang ramai akan menunggu untuk mengetahui niat sebenar dan bagaimana Hassan akan membalas,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!