BN tidak pernah benar mana-mana pihak guna nama, lambang - Zambry
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan politik itu atau lambang dacing tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan hari ini berkata, gabungan itu juga tidak pernah membincangkan atau mengetahui langkah-langkah yang dibuat oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang cuba mengaitkan BN dengan parti berkenaan.
"Merujuk kepada laporan berita daripada Utusan Borneo Online bertarikh 17 September 2024 dengan tajuk "TERAS mahu jadi parti politik terbesar di Sarawak” yang cuba mengaitkan Barisan Nasional dengan perkara ini adalah amat dikesali,” katanya.
Utusan Borneo Online pada 17 September lepas melaporkan Pengerusi TERAS Affendi Jeman sebagai berkata, "TERAS sebagaimana parti lain di Malaysia dan Sarawak secara amnya merupakan salah satu parti politik yang telus dalam memperjuangkan nasib rakyat yang mana BN menjadi asas perjuangan TERAS." - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!