Hong Kong catat kematian pertama akibat koronavirus
BEIJING - Kematian pertama akibat koronavirus dilaporkan di Hong Kong, lapor agensi berita Sputnik memetik South China Morning Post pada hari ini.
Menurut sumber perubatan, pesakit berusia 39 tahun itu sedang menjalani rawatan di Hospital Princess Margaret selepas dijangkiti virus itu dan disahkan meninggal dunia pada pagi ini akibat kegagalan jantung.
Lelaki itu termasuk dalam senarai 13 orang pesakit yang telah disahkan dijangkiti virus tersebut.
Sementara itu, jumlah keseluruhan orang yang dijangkiti penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus di China mencecah seramai 20,438 dan 425 lagi meninggal dunia. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN Angka korban koronavirus cecah 425 di China
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!