ALFATEH mahu lebih ramai hufaz wanita

Sebahagian pelajar ALFATEH yang kini sedang menuntut ilmu di maahad itu.
Sebahagian pelajar ALFATEH yang kini sedang menuntut ilmu di maahad itu.
A
A
A

KOTA BHARU - Maahad Tahfiz Al-Fateh (ALFATEH) Batang Kali, Selangor berhasrat melahirkan lebih ramai hufaz wanita pada masa depan.

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Fateh (ALFATEH), Ahmad Lutfi berkata, buat julung kalinya selepas enam tahun beroperasi, ALFATEH akan membuka pengambilan untuk pelajar perempuan tahun depan.

Justeru, pihak pengurusan maahad merancang membina bangunan tiga tingkat untuk pelajar perempuan yang lengkap dengan pelbagai fasiliti termasuk asrama, kelas dan dewan.

"Semua kemudahan itu membolehkan pelajar berada dalam keadaan selesa untuk menghafaz dan melakukan aktiviti lain," katanya kepada Sinar Harian.

Jelas beliau, anggaran dana yang diperlukan untuk keseluruhan pembinaan ialah RM8 juta.

Dalam pada itu, pihak pengurusan ALFATEH bersyukur kerana maahad itu turut dipilih oleh ibu bapa untuk menghantar anak mereka supaya dapat bergelar hufaz.

Jelas Ahmad Lutfi, maahad itu kini mempunyai 80 pelajar berusia antara 12 hingga 17 dari seluruh negara termasuk Selangor, Perak Terengganu, Johor dan Sabah.

Selain itu katanya, maahad berkenaan mendapat kepercayaan daripada Lembaga Zakat Selangor kerana turut dilantik penolong amil di bawah kategori Institut Pendidikan Islam Swasta (IPIS).

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, peranan dan tanggungjawab membolehkan ALFATEH mendapat anugerah Prestasi Komitmen dan Pengurusan Terbaik 2023 dan pemenang kempen Insentif Dalaman Penolong Amil Zakat LZS dalam kategori IPIS.

"Usaha yang dilakukan itu membuktikan mereka berusaha dan melaksanakan komitmen dengan baik," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan dan operasi maahad boleh berbuat demikian melalui akaun bank Maybank di nombor 5620 7650 9456 atau menghubungi 017-4724352 telefon untuk sebarang pertanyaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!