Remaja cuba padam motosikal terbakar guna selipar

Tangkap layar video mangsa cuba memadam motosikal terbakar menggunakan selipar dan remaja lelaki berbaju hitam menghampirinya untuk membantu.
Tangkap layar video mangsa cuba memadam motosikal terbakar menggunakan selipar dan remaja lelaki berbaju hitam menghampirinya untuk membantu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal menghadapi kesulitan apabila kenderaannya itu terbakar di tepi jalan raya.

Lebih menyedihkan apabila tiada satu bantuan pun dihulurkan daripada orang sekeliling meskipun keadaan lalu lintas ketika itu sesak.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok, mangsa sedaya upaya memadam kebakaran pada motosikal jenis Honda itu menggunakan seliparnya.

Bagaimanapun, seorang remaja lelaki menghampiri mangsa dengan sebotol air bagi membantunya, namun cubaannya gagal menyebabkan dia beredar daripada lokasi kejadian.

Video berdurasi 31 saat tersebut meraih lebih satu juta tontonan di platform berkenaan dengan 56,200 tanda suka dan lima ribu pengguna yang meninggalkan komen.

Susulan itu, rata-rata netizen kesal dengan tindakan pemandu lori yang dipercayai merekod situasi tersebut kerana dikatakan tidak menghulurkan bantuan.

Antara netizen menyatakan kebiasaannya pemandu lori mempunyai pemadam api di dalam kenderaan tersebut.

“Lori ada pemadam apikan, kenapa abang tak tolong dia?” kata ZMF Transport Group.

Artikel Berkaitan:

“Sampai hati abang lori tengok saja, kenapa tak hulur pemadam api. Lorikan, mesti ada. Kesian adik ini,” komen Dahlia Alias.

Selain itu, terdapat pengguna TikTok yang berusaha untuk menghubungi mangsa bagi menghulurkan sedikit bantuan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!