Arteta tabik persembahan fantastik Raya
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memuji penjaga golnya David Raya selepas penyelamatan ajaib pemain Sepanyol itu yang membolehkan The Gunners seri 0-0 menentang Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara pada Jumaat.
Raya menyelamatkan sepakan penalti Mateo Retegui minit ke-51 dan kemudian percubaan lantunan pemain sama, menyaksikan Arsenal memulakan perlawanan kumpulan dengan keputusan positif.
“Saya menyaksikan dua penyelamatan terbaik yang pernah saya lihat dalam karier saya daripada David Raya.
"Jika anda tidak boleh menang, anda perlu mengambil mata. Kami bermula dengan baik, kemudian hilang kawalan dan sangat tidak konsisten.
"Kami tidak menderita di bahagian pertahanan, selain daripada penalti itu,” kata Arteta.
Sementara itu, Arteta kurang berpuas hati dengan prestasi pasukannya apabila menghadirkan sedikit ancaman ketika menyerang pemenang Liga Europa musim lalu berkenaan biarpun ia adalah permulaan yang mantap Arsenal.
"Kami mempunyai berapa detik penting dengan bola tetapi kami tidak pernah menguasai atau mengancam Atalanta.
"Sepanjang 25 minit pertama kami membaca pendekatan mereka dengan sangat baik. Selepas itu kami hilang kawalan terhadap permainan," ujar Arteta.
LIGA JUARA-JUARA
Keputusan
Atalanta 0-0 Arsenal
Red Star Belgrade 1-2 Benfica
Feyenoord Rotterdam 0-4 Bayer Leverkusen
Stade Brest 2-1 Strum Graz
Atletico Madrid 2-1 Red Bull Leipzig
AS Monaco 2-1 Barcelona
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!