City akan ditendang keluar daripada semua kejohanan

Erling Haaland mungkin terpaksa mencari kelab baharu sekiranya City dijatuhkan hukuman. Foto EPA
Erling Haaland mungkin terpaksa mencari kelab baharu sekiranya City dijatuhkan hukuman. Foto EPA
A
A
A

MANCHESTER City dilaporkan berdepan risiko tidak dibenarkan bermain bukan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bahkan semua pertandingan jika didapati bersalah melanggar peraturan kewangan.

Perbicaraan terhadap 115 dakwaan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Manchester City bermula pada hari Isnin dengan kelab itu dituduh melakukan kesalahan kewangan selama sembilan tahun dari 2009.

Liga menuduh City gagal memberikan maklumat kewangan yang tepat dan kegagalan memberikan butiran tepat untuk pembayaran pemain dan pengurus.

Siasatan dicetuskan oleh akhbar Jerman Der Spiegel yang menerbitkan dokumen Football Leaks pada 2018 dan pendirian City dituduh menyalurkan wang daripada pemilik kelab melalui penaja di Emiriah Arab Bersatu.

Ramai beranggapan hukuman paling berat menanti adalah penyingkiran dengan potongan mata dan denda, namun menurut The Telegraph, mereka boleh ditendang keluar dari setiap kejohanan.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa kebanyakan pasukan EPL tidak bersetuju jika City hanya menerima hukuman pemotongan mata didapati bersalah dan mahu pasukan itu disingkir dari saingan liga.

Fasal 31 peraturan Piala FA menyatakan: "Jika kelab telah diterima menyertai pertandingan tetapi kemudiannya disingkirkan daripada liga di mana ia bertanding (atau perlawanan liganya digantung), Lembaga Permainan Profesional (PGB) boleh mengeluarkan kelab daripada pertandingan itu."

PGB terdiri daripada wakil dari EPL dan Liga Bola Sepak Inggeris.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, City menafikan salah laku dan mempertahankan kes mereka dalam siasatan bebas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!