Penyeludup lari tinggal 1,000kg beras Siam dalam lori

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa guni beras anggaran 1,000 kg ditemui dalam lori di kawasan pangkalan haram terbabit. Foto: PGA
Hasil pemeriksaan mendapati beberapa guni beras anggaran 1,000 kg ditemui dalam lori di kawasan pangkalan haram terbabit. Foto: PGA
A
A
A

TUMPAT - Sekumpulan lelaki yang dipercayai penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan 1,000 kilogram (kg) beras Siam selepas diserbu anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu semasa Op Taring Wawasan di pangkalan haram Tengkorak, Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, penyeludup tersebut dipercayai sedang memunggah beras bernilai RM95,400 terbabit dari negara jiran ke sini melalui Sungai Golok.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa anggota tiba di pangkalan haram tersebut, semua suspek telah bertindak melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati beberapa guni beras anggaran 1,000 kg ditemui dalam lori di kawasan pangkalan haram terbabit.

"Beras tersebut dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyatan pada Jumaat.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!