Misi HADR: Malaysia ambil langkah berjaga-jaga

Seramai 107 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
 Foto: BERNAMA
Seramai 107 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
 Foto: BERNAMA
A
A
A

SEPANG - Pihak berkuasa Malaysia mengambil semua langkah berjaga-jaga apabila sekumpulan rakyat Malaysia yang dibawa dari Wuhan, China, yang dilanda wabak koronavirus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bersama-sama pasangan masing-masing dan anak mereka yang sesetengahnya bukan rakyat Malaysia.

Mereka tiba di tanah air pada jam 5.57 pagi dengan pesawat khas AirAsia menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) dikendalikan oleh kerajaan Malaysia.

Seramai 133 penumpang dan anak kapal disambut oleh pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dan pegawai Kementerian Kesihatan sebelum dibawa menaiki bas dalam jarak tidak jauh ke Unit Bencana Udara (ADU) di KLIA yang kemudian melalui proses dekontaminasi dan pengimbasan kesihatan.

Menyedari akan bahaya yang dibawa oleh virus berkenaan yang dilaporkan telah membunuh lebih 360 orang kebanyakannya di China, kerajaan meletakkan prosedur ketat terhadap kumpulan ini yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe bagi memastikan bebas daripada sebarang risiko menjangkiti penyakit itu kepada orang lain.

Kapal terbang berkenaan melangkaui landasan parkir biasa di KLIA, sebelum berhenti di kawasan yang dikhaskan tidak jauh dari ADU manakala mereka yang keluar dari pesawat itu tidak memasuki bangunan KLIA, yang mengurangkan risiko bersentuhan dengan orang ramai.

Kesemua mereka dibawa pulang setelah Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Kerajaan China akibat penularan jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di negara itu.
-- Foto BERNAMA
Kesemua mereka dibawa pulang setelah Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Kerajaan China akibat penularan jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di negara itu.
-- Foto BERNAMA

Pemindahan penumpang dan anak kapal dari pesawat itu ke ADU mengambil masa kira-kira dua jam dengan hanya satu bas sahaja milik Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tujuan itu sebagai langkah menghindari sebarang jangkitan virus itu.

Artikel Berkaitan:

Malahan pemandu bas berkenaan dilihat memakai peralatan perlindungan khas sebaik memulakan tugas memindahkan penumpang yang memakai topeng hidung dan mulut menuju ke ADU.

Susulan prosedur pengimbas kesihatan yang dijalankan itu, dua bas Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat meninggalkan ADU dengan diiringi polis kira-kira jam 9 pagi untuk menuju ke kemudahan pengawasan iaitu Pusat Rumah Pengawasan di mana kesemua mereka akan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Dua lagi bas juga dilihat meninggalkan ADU untuk kemudahan pengawasan kemudian.

Setakat ini, tidak terdapat sebarang maklumat rasmi mengenai jumlah orang yang dibawa ke kemudahan itu atau dibawa ke hospital.

Terdahulu dilaporkan bahawa mereka yang mempunyai simptom virus itu akan dihantar ke hospital manakala mereka yang bebas setelah diimbas akan dihantar ke pusat pengawasan itu yang diletakkan di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

Misi membawa pulang rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia dikendalikan oleh 12 anak kapal AirAsia, lapan pegawai misi serta enam pegawai dari kedutaan Malaysia di Beijing.

Pesawat berkenaan, yang berlepas dari Malaysia ke Wuhan pada jam 3.50 petang semalam, juga membawa bersama 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China yang sedang bergelut menangani wabak berkenaan yang sudah menular hingga ke berbelas negara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!