Mekdi untuk rakyat Malaysia

Ahmad Danial dan Norlela membina kerjaya mereka di McDonald’s.
Ahmad Danial dan Norlela membina kerjaya mereka di McDonald’s.
A
A
A

Keazaman anak Malaysia, Datuk Azmir Jaafar memastikan McDonald’s Malaysia sentiasa di dalam hati rakyat Malaysia tidak pernah luntur seiring dengan kedewasaan restoran itu yang telah bertapak di Malaysia 42 tahun lalu.

Kejayaannya meletakkan McDonald’s atau Mekdi di satu puncak tertinggi bukanlah suatu yang sia-sia kerana lebih 13,000 peluang pekerjaan di ditawarkan kepada rakyat Malaysia melibatkan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) daripada pengurusan kanan sehingga ke kru restoran.

Terima kasih Azmir, seorang anak tempatan yang berwibawa telah mempelopori McDonald’s Malaysia sebagai pengarah urusan dan pemilik tempatan restoran khidmat segera antarabangsa itu.

Peristiwa ini menandakan McDonald’s Malaysia sebagai salah sebuah syarikat yang diuruskan dan mempunyai pekerja 100 peratus rakyat Malaysia.

Sebanyak 90 peratus daripada jumlah itu, pasukan mereka adalah beragama Islam.

“McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 370 restoran di seluruh Malaysia. Ia menandakan syarikat kami komited untuk meningkatkan sosioekonomi orang tempatan,” kata Azmir.

Tingkatkan kemahiran bersama Mekdi

Menurut Azmir, permulaan kerjaya di syarikat itu membuatkan beliau menyedari bahawa McDonald’s boleh berkembang lebih daripada sebuah restoran yang mampu membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Azmir memanifestasikan perkara itu kerana beliau juga bermula sebagai seorang pengurus pelatih di restoran McDonald’s, namun mampu mendaki ke peringkat pengurusan utama syarikat itu selepas 13 tahun perkhidmatan.

“Di McDonald’s Malaysia, kami sangat menitik beratkan kemahiran para pekerja dan mereka diberikan peluang untuk sambung belajar dalam bidang industri perkhidmatan makanan,” tambah Azmir.

Beliau berkata, merealisasikan usaha itu, McDonald’s Malaysia telah membangunkan pelbagai latihan kerjaya antaranya mewujudkan Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada belia melanjutkan pelajaran sambil bekerja bersama McDonald’s.

“Warga kerja yang ingin mengembangkan bakat mereka dan melangkah jauh bersama McDonald’s diberikan peluang untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,” katanya.

Menurut Azmir, melalui Hamburger U di Malaysia, sebuah institusi latihan kemahiran McDonald’s, para pekerja yang ingin maju dalam kerjaya bersama McDonald’s boleh mendapatkan pelbagai jenis latihan, sama ada dalam bidang pentadbiran, kepimpinan ataupan pengurusan restoran.

Hamburger U di Malaysia ini merupakan yang ke-9 di dunia dan satu-satunya di Asia Tenggara.

Kerjaya terjamin

Menurut Pengurus Wilayah Lembah Klang McDonald’s Malaysia, Mohd Faizul Mohd Rizal, 38, menyifatkan kerjayanya berkembang di McDonald’s adalah satu kejayaan yang besar.

“Saya tidak pernah menyangka perjalanan bersama McDonald’s membawa ke tahap yang membanggakan,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Mohd Faizul menerima Anugerah Presiden 2023.
Mohd Faizul menerima Anugerah Presiden 2023.



Beliau bermula sebagai juruwang dan pelayan tetamu pada usia 18 tahun untuk menampung kos di universiti.

“Saya bekerja sepenuh masa di McDonald’s selepas mendengar kisah kejayaan rakan-rakan sekerja,” katanya.

Mohd Faizul berkata, selepas hampir 20 tahun, beliau kini mengurus pasaran terbesar McDonald’s di Malaysia.

Pada 2023, beliau menerima penghormatan tertinggi apabila dianugerahkan Anugerah Presiden, pengiktirafan global bagi satu peratus kakitangan terbaik McDonald’s di seluruh dunia.

Menyentuh jiwa

Sementara itu, Pengurus Pemasaran McDonald’s Malaysia, Aaron Danial Raj, 33, kembali ke sektor perkhidmatan makanan dan menyertai McDonald’s Malaysia pada 2022.

“Sebelum saya menjadi pengurus pemasaran, saya telah dihantar oleh McDonald’s Malaysia untuk menjalankan latihan di McDonald’s Bandar Utama.

“Pengalaman ini membuka mata saya kepada kecemerlangan kru dan pengurus yang memastikan hidangan memenuhi standard tinggi,” katanya.

Bagi Pengurus Restoran McDonald’s Bandar Utama, Wong Xinru, 27,memulakan kerjayanya sebagai juruwang di McDonald’s semasa remaja, tidak menyangka kini hampir 10 tahun berkhidmat di restoran tersebut.

Xinru percaya McDonald’s Malaysia membuka peluang kepada semua pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Xinru percaya McDonald’s Malaysia membuka peluang kepada semua pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka.



Selepas memilih untuk bekerja sepenuh masa, Xinru dilantik sebagai Ketua Pengalaman Pelanggan (GEL) yang membolehkannya mula memahami betapa pentingnya layanan yang baik kepada pelanggan.

“Ini menunjukkan McDonald’s Malaysia membuka peluang kepada semua pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka. Saya bermula sebagai penjaga kaunter pesanan makanan dinaikkan pangkat sampai jadi pengurus restoran, saya tidak sangka peluang ini tiba tetapi amat hargainya,” katanya.

Ibu menjadi inspirasi

Ahmad Danial Zakwan Zainal Fithri, 19 tahun, terinspirasi untuk mengikut jejak langkah ibunya, Norlela Din bekerja di McDonald’s Malaysia.

“Selepas tamat SPM, saya ingin mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan kemasukan universiti.

“Kebetulan suatu hari ibu ada bercerita mengenai program vokasional McDonald’s, jadi saya berminat untuk mencuba. Rupanya memang seronok bekerja dengan kakitangan yang mesra dan sangat prihatin,” kata Ahmad Danial.

Norlela bersyukur kerana McDonald’s memberikan peluang walaupun beliau sudah berusia, dan merasa lebih menghargai pendapatan yang diperolehi kerana dapat bekerja bersama anaknya di McDonald's Caltex Jalan Tengah, Pulau Pinang.

Ahmad Danial kini sedang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 melalui Program Perantis Vokasional McDonalds.

Peluang kepada OKU

Sementara itu, Teo Jia Jun, 29, yang merupakan individu daripada kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) telah mencari rezeki di McDonald’s Mutiara Damansara sejak setahun lalu.

Jia Jun mendapat saranan daripada rakannya untuk mencuba nasib di McDonald’s yang menyediakan peluang kerjaya kepada OKU.

“McDonald’s adalah syarikat pertama yang saya bekerja sebagai pekerja sepenuh masa,” katanya.

Jia Jun (tengah) gembira bekerja di McDonald’s.
Jia Jun (tengah) gembira bekerja di McDonald’s.



Jia Jun berkata, McDonald’s memberikan perhatian yang khusus kepada golongan OKU untuk bekerja di restoran mereka dengan menyediakan latihan khas agar kumpulan pekerja ini dapat menyesuaikan diri dengan baik.

“Para pekerja di sini sangat mesra dan prihatin dengan saya. Ini yang membuatkan saya rasa restoran McDonald’s sebagai tempat kerja terbaik,” katanya.

Sebagai sebuah syarikat milik tempatan, Azmir melihat bahawa ia adalah satu peluang baik untuk kembali berbakti kepada rakyat Malaysia yang menyokong segala usaha syarikat berkenaan.

Pembangunan bakat dan peningkatan kemahiran menjadi keutamaan McDanald's Malaysia supaya pekerjanya boleh berkembang bersama pembangunan syarikat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!