Awie bakal meriahkan kejohanan Piala Dato’ King

Legenda rock negara itu akan hadir dan beraksi di padang bola sepak Seksyen 4, Shah Alam dekat sini bagi merebut piala pusingan Piala Dato’ King.
Legenda rock negara itu akan hadir dan beraksi di padang bola sepak Seksyen 4, Shah Alam dekat sini bagi merebut piala pusingan Piala Dato’ King.
A
A
A

KELIBAT Datuk Awie pada perlawanan bola sepak anjuran Wings Motorgang Society (WMGS) antara negeri dijangka akan memeriahkan lagi kejohanan tersebut pada Ahad ini.

WMGS dalam satu kenyataannya berkata, legenda rock negara itu akan hadir dan beraksi dalam pertandingan tersebut di padang bola sepak Seksyen 4, Shah Alam dekat sini bagi merebut piala pusingan Piala Dato’ King.

Menurutnya, kejohanan anjuran WMGS Selangor dan WMGS Kuala Lumpur itu akan berlangsung dari jam 3 petang hingga 9 malam.

"Kejohanan yang julung kali diadakan ini menyaksikan penyertaan pasukan bola sepak WMGS dari seluruh negara.

"Ia membawa aspirasi besar Datuk Awie atau lebih dikenali sebagai 'Dato’ King' dalam kalangan ahli kelab permotoran ke pertandingan bola sepak yang menyatukan seluruh masyarakat di negara ini," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Tambahnya, pertandingan bola sepak yang dianjurkan itu menawarkan satu platform bagi pasukan untuk bersaing dalam suasana santai tetapi kompetitif.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif dan positif selain membina semangat persahabatan antara ahli kelab.

"Juara pertandingan bola sepak ini akan membawa pulang piala pusingan dan medal, selain turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lain," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!