Air pasang besar: Keadaan Klang terkawal, tiada pemindahan

Terdapat limpahan air di Jeti Nelayan Othman Baru namun dilaporkan tidak melibatan kediaman penduduk pada Khamis. Gambar kanan: Limpahan air di jalan utama di Bandar Sultan Sulaiman pada awal pagi Khamis menyebabkan kesesakan lalu-lintas namun keadaan masih terkawal. - Foto: MBDK

A
A
A

KLANG - Fenomena air pasang besar di sekitar Klang yang bermula pada Selasa lalu sudah memasuki hari keempat pada Jumaat namun keadaan dilaporkan masih terkawal serta tiada pemindahan.

Pegawai Daerah Klang, Amri Ismail memaklumkan ia termasuk di 15 kawasan titik panas di sekitar daerah walaupun bacaan paras air paling tinggi dijangka mencecah 5.8 meter pada hari ini.

Amri (tengah) ditemui pada sesi taklimat Satu Tahun Perlaksanaan e-Tanah Daerah Klang di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada Jumaat.
Amri (tengah) ditemui pada sesi taklimat Satu Tahun Perlaksanaan e-Tanah Daerah Klang di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada Jumaat.

"Saya menerima laporan mengenai perkembangan fenomena air pasang melibatkan kawasan Tok Muda pada hari ini, namun ia hanya limpahan air dan tidak melibatkan banjir atau pemindahan mangsa.

"Jabatan Pengairan dan Saliran sudah mengambil tindakan segera dengan membuat pembaikan ban yang terjejas (di kawasan terbabit)," katanya ditemui pada sesi taklimat Satu Tahun Perlaksanaan e-Tanah Daerah Klang di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada Jumaat.

Terdahulu, Pusat Operasi Bencana Daerah Klang (DDOC) mengeluarkan jadual air pasang surut dan taburan hujan susulan fenomena air pasang besar yang diramal pada Selasa hingga Sabtu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Klang, bacaan paras air paling tinggi dijangka mencecah 5.8 meter pada jam 7.23 pagi Jumaat selain ribut petir di beberapa tempat.

Sementara pada Sabtu iaitu 21 September, bacaan paras air laut adalah 5.6 meter jam 7.56 pagi manakala air laut dijangka setinggi 5 meter jam 8.11 malam dengan cuaca diramal baik sepanjang hari.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Amri berkata, cuaca baik dan tidak berlaku hujan menyumbang kepada situasi terkawal di Klang berbanding dialami di daerah lain seperti Kuala Selangor sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!