[VIDEO] Bekas pengikut diminta tampil salur maklumat berkaitan GISBH - KPN

A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta bekas pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan pihak berkuasa dalam Op Global.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada polis.

Tan Sri Razarudin Husain
Tan Sri Razarudin Husain

“Bekas pengikut GISBH ada maklumat berkaitan pengabaian, penganiayaan, penderaan dan salah laku seksual di rumah amal itu juga diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan aktiviti GISBH ini,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Berdasarkan saringan kesihatan terhadap 384 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global, baru-baru ini, ada ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan berlaku.

Baru-baru ini, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam satu operasi khas, Op Global.

Malah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak dikaitkan dengan rumah amal GISBH.

Artikel Berkaitan:

Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di media massa mengenai rumah amal berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!