Trend rumah tak terjual di Perak tidak membimbangkan - Rehda

Ban Ho (tengah) ketika sidang akhbar pada Jumaat.
Ban Ho (tengah) ketika sidang akhbar pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Isu lebih 4,000 hartanah perumahan tidak terjual di Perak bukanlah satu trend yang membimbangkan, kata Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Perak, Ir Loh Ban Ho.

Beliau berkata, jawatankuasa khas yang dibentuk bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) mendapati, kebanyakan hartanah terbabit berada dalam julat harga RM300,000 dan ke bawah yang mana mudah diserap semula dalam pasaran semasa.

"Majoriti hartanah tidak terjual ini tertumpu di tiga kawasan iaitu Kinta, Manjung dan Teluk Intan.

"Berdasarkan laporan terkini, angka hartanah tidak terjual ini sebenarnya telahpun berkurang daripada 4,588 unit pada suku pertama kepada 4,161 unit di suku kedua.

"Perkembangan ini menunjukkan, perkara yang berlaku bukanlah masalah besar dalam pasaran hartanah di negeri ini," katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar sempena Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) Perak di sini pada Jumaat.

Mapex Perak yang berlangsung selama tiga hari pada 4 hingga 6 Oktober depan di Ipoh Parade bakal mempamerkan 5,000 hartanah perumahan dengan nilai lebih RM3 bilion.

Ban Ho berkata, pasaran hartanah di negeri ini terutama Ipoh masih mampu dimiliki kerana berada di bawah paras RM500,000 berbanding Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Katanya, hanya yang menjadi kekangan apabila ramai pembeli berdepan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank.

Artikel Berkaitan:

"Menerusi ekspo ini, banyak hartanah berharga di bawah RM300,000 ditawarkan dan saya yakin unit-unit ini boleh dipromosikan dan mampu dimiliki orang ramai," katanya.

Sebelum ini, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menyatakan Perak mempunyai bilangan hartanah tidak terjual tertinggi iaitu sebanyak 4,161 unit diikuti Johor (3,219 unit), Kuala Lumpur (3,051 unit), Pulau Pinang (2,400 unit) dan Selangor (2,328 unit).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!