[VIDEO] Banjir: Masjid guna tong air bawa jemaah tunai solat Jumaat

A
A
A

ALOR SETAR - Jawatankuasa Masjid Tuan Hussein di Titi Gajah di sini mengambil inisiatif menyediakan tong air yang boleh dijadikan pengangkutan untuk membawa jemaah meredah air banjir bagi menunaikan solat Jumaat.

Imam masjid, Mohd Adib Omar, 63, berkata, Inisiatif itu bagi membantu golongan warga emas, kanak-kanak serta orang kurang upaya (OKU) melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat.
Kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat.

Katanya, idea itu timbul setelah melihat penduduk berhampiran menggunakan cara tersebut untuk sesekali pulang menjenguk keadaan rumah mereka dari pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa masjid menolak seorang jemaah uzur dalam tong ais yang disediakan untuk meredah air banjir di Masjid Tuan Hussein di Titi Gajah di sini.
Jawatankuasa masjid menolak seorang jemaah uzur dalam tong ais yang disediakan untuk meredah air banjir di Masjid Tuan Hussein di Titi Gajah di sini.

"Walaupun pekarangan masjid ini digenangi banjir sedalam kira-kira 0.5 meter, namun ruang solat utamanya tidak terjejas kerana kedudukannya yang tinggi.

"Disebabkan itu, kami memutuskan untuk terus berjemaah di masjid pada setiap waktu selain melaksanakan solat Jumaat hari ini," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Menurutnya, inisiatif berkenaan mendapat sambutan baik apabila kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat di masjid terbabit.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu setiausaha masjid tersebut, Musa Bari, 63, berkata, pihak masjid pada mulanya bercadang untuk menggunakan perahu kecil bagi memudahkan pergerakan jemaah namun membatalkan hasrat itu setelah melihat penggunaan tangki air yang lebih sesuai.

"Kalau guna perahu kecil mungkin agak tidak sesuai kerana bahagian bawahnya yang melengkung jadi terseret apabila melalui kawasan agak cetek.

"Jadi keadaan itu akan menyebabkan jemaah warga emas basah kerana perlu juga meranduk air sedikit untuk menaiki sampan," katanya.

Dalam pada itu seorang jemaah, Mohamad Fauzi Rejab, 67, memuji usaha dilaksanakan pihak masjid yang disifatkannya sangat memudahkan jemaah pada musim banjir.

"Saya rasa ini merupakan satu tindakan yang amat prihatin dari pihak masjid. Setidak-tidaknya kami dapat melaksanakan ibadah dengan dengan selesa," katanya.

@sinarharianonline

Banjir: Masjid guna tong air bawa jemaah tunai solat Jumaat #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Utara #Kedah #Masjid #TongAir #SolatJemaat #Masjid #Banjir

original sound - Maher Zain

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!