Kerja bersih tapak pembuangan sisa bahan kimia selesai Ahad ini

Sampel daripada sungai tercemar diambil untuk dianalisis.
Sampel daripada sungai tercemar diambil untuk dianalisis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Usaha-usaha pembersihan di dua tapak pembuangan sisa bahan kimia melibatkan Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Desa Tropika dijangka dapat diselesaikan menjelang Ahad.

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon, ketika ini kerja-kerja pembersihan di dua tapak pembuangan sisa bahan kimia itu sedang giat dilaksanakan.

"Ahad ini 22 September, merupakan tarikh akhir pembersihan di kedua-dua tapak pembuangan sisa bahan kimia tersebut.

"Pada tarikh itu juga kerja-kerja pembersihan dilaporkan akan berakhir pada tarikh berkenaan.

"Kita juga sedang mencari kaedah bagaimana untuk menyempurnakan pembersihan di kedua-dua tapak tersebut Ahad nanti," katanya.

Kerja-kerja pemantauan terhadap sungai tercemar di Johor Bahru.
Kerja-kerja pemantauan terhadap sungai tercemar di Johor Bahru.

Mengulas mengenai pencemaran di Sungai Rinting, Kota Masai baru-baru ini, Tian Soon berkata, penggunaan air yang besar bagi memadamkan kebakaran di situ telah mengakibatkan sisa bahan Bakar, turut sama mengalir dalam sistem perparitan sedia ada.

Katanya, keadaan itu menyebabkan air sungai disitu tercemar dan turut mencatatkan bacaan PH (skala indikator) tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Untuk Sungai Rinting berlaku kebakaran dan memerlukan kuantiti air yang sangat besar.

"Oleh itu air yang mengalir dalam sistem perparitan selain bacaan PH yang meningkat menjadikan air di sungai berkenaan terlalu hitam dan menyebabkan ikan-ikan di situ mati dan terapung di permulaan sungai" katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!