MAG umum peletakan jawatan Wan Zulkiflee

Wan Zulkiflee
Wan Zulkiflee
A
A
A

MALAYSIA Aviation Group (MAG) mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Pengerusi Kumpulan berkuat kuasa Jumaat.

MAG dalam satu kenyataan berkata, pengalaman dimiliki beliau berjaya membawa syarikat mengharungi cabaran pandemik Covid-19 dan menjadi watak penting memastikan penyusunan kewangan Kumpulan dengan mengurangkan liabiliti lebih RM15 bilion.

“Bukan itu sahaja, kepimpinan Wan Zulkiflee mengemudi MAG berjaya mencatatkan keuntungan bersih selepas faedah dan cukai (NIAT) yang pertama pada tahun 2023 sejak penubuhan kumpulan itu.

"Pihak Lembaga dan pengurusan MAG menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Wan Zulkiflee atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan yang tidak ternilai kepada syarikat penerbangan," katanya pada Jumaat.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan MAG pada Julai 2020 dan telah menyatakan niatnya untuk melepaskan jawatan setelah empat tahun berkhidmat pada Jun lalu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!