Johor kaji sebelum fatwa GISBH sesat

Mohd Fared
Mohd Fared
A
A
A

KLUANG - Sebarang fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini hanya akan diputuskan selepas kajian mengenainya dilakukan.

Exco Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, fatwa hanya boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

"Mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diputuskan sesat di Perlis, kita di Johor ambil maklum fatwa itu.

"Di Johor, ada kaedah dan tatacaranya. Jawatankuasa Fatwa Negeri akan membuat kajian dan ketetapan sebelum nanti diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian pada selepas ditemui selepas kenduri rakyat di Kampung Tengah pada Jumaat.

Dalam pada itu Mohd Fared, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sentiasa memantau tiga madrasah dan dua pusat asuhan yang ada kaitan dengan pertubuhan itu di negeri ini.

"Setakat ini, tiada aduan diterima malah madrasah di Segamat, Muar dan Tangkak berdaftar. Tetapi pemantauan berterusan akan dilakukan," katanya.

Sebelum itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada Jumaat memutuskan ajaran GISBH mempunyai unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Artikel Berkaitan:

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ajaran yang dibawa juga adalah kesinambungan ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!