12 projek Kampung Angkat Madani NRES, Kampung Aril siap hujung tahun ini

Nik Nazmi (kanan) semasa mengadakan lawatan kerja ke Kampung Angkat Madani di Aril, Melor, Kota Bharu pada Jumaat.
Nik Nazmi (kanan) semasa mengadakan lawatan kerja ke Kampung Angkat Madani di Aril, Melor, Kota Bharu pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 12 projek pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk program Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Melor di sini dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Projek pembangunan tersebut melibat penyertaan tujuh jabatan serta agensi di bawah NRES iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan liar (Perhilitan), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelaksanaan projek pembangunan yang menelan belanja RM2.5 juta itu bakal bakal memberi manfaat kepada 2,200 penduduk di sini.

"Sebanyak RM210,000 telah diperuntukan kepada JAS untuk kerja-kerja pembersihan, mengecat baru tembok handrail jambatan serta mencuci tali air dan tebing.

"Ia juga melibatkan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf tempat pembuangan sampah serta pengumpulan buangan (e-waste) dan buangan kitar semula," katanya semasa sidang akhar pada Jumaat.

Sebelum itu beliau melakukan lawatan kerja ke Kampung Angkat Madani di Aril, Melor di sini.

Menurut beliau, sebanyak enam unit wakaf disediakan oleh Perhilitan untuk keguaan penduduk yang bernilai RM250,000.

Ujarnya, melalui JMG sebanyak 10 buah telaga cetek dengan ke dalaman 30 meter dan sebuah telaga sedalam 100 meter dibina degan peruntukan berjumlah RM302,000.

Artikel Berkaitan:

Nik Nazmi memberitahu, sejumlah RM600,000 pula diperuntukan untuk kerja-kerja baik pulih jalan dan pemasangan 44 buah lampu solar di sepanjang jalan utama Kampung Aril yang disediakan oleh Jupem.

Tambah beliau, bagi kerja-kerja menaik taraf Klinik Desa Aril serta pemasangan papan tanda disediakan oleh MetMalaysia dengan peruntukan sebanyak RM90,000.

"Manakala JPSM pula melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Taman Inspirasi Kampung Aril serta Kuil Budha Ariyakiri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300,000," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan (JTPNGK) turut mengadakan lawatan ke projek pembinaan Bangunan Guna Sama Tunjong, Kubang Kerian pada sebelah pagi.

Menurut beliau bangunan tersebut dibina di atas tapak berkeluasan 10.9 hektar merangkumi empat blok bangunan lapan tingkat dengan keluasan 90,000 meter persegi.

"Pembinaan ini bertujuan untuk menempatkan semula semua pejabat kerajaan yang kini berada di Wisma Persekutuan sedia ada di Kota Bharu. Termasuk pejabat-pejabat kerajaan yang menyewa di premis swasta," katanya.


Projek Bangunan Guna Sama Tunjong dipercepatkan

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan (JTPNGK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, projek pembinaan Bangunan Guna Sama Tunjong di sini akan dipercepatkan.

Menurut beliau, projek yang sepatutnya disiapkan pada tahun ini itu tergendala disebabkan pandemik Covid-19 selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Sekarang ia telah dipercepatkan. Pembinaan ini bertujuan untuk menempatkan semula semua pejabat kerajaan yang kini berada di Wisma Persekutuan sedia ada di Kota Bharu.

"Serta ia juga bakal menempatkan semua pejabat kerajaan yang menyewa di premis swasta," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Sebelum itu beliau melakukan lawatan kerja ke Kampung Angkat Madani di Aril, Melor di sini.

Menurut beliau, bangunan tersebut dibina di atas tapak berkeluasan 10.9 hektar merangkumi empat blok bangunan lapan tingkat dengan keluasan 90,000 meter persegi.

Ujarnya, antara fasiliti lain yang turut disediakan di kawasan berkenaan ialah tadika, taska, kantin dan surau.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi memberitahu, sehingga 12 Ogos jumlah peruntukan asal yang diluluskan bagi keseluruhan 448 projek bagi negeri Kelantan adalah sebanyak RM2.8 bilion.

"Prestasi perbelanjaan negeri adalah 59.98 peratus iaitu lebih tinggi berbanding prestasi perbelanjaan nasional 52.05 peratus.

"Daripada 448 projek tersebut, terdapat 92 projek baharu telah diluluskan antaranya Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa Dua (Komponen Rancangan tebatan banjir Kota Bharu) dengan kos RM1,064 juta, Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa Du dengan kos RM879 juta dan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa Tiga dengan kos RM472 juta.

"Pembinaan takungan air pinggiran sungai (TAPS) 500 JLH Di Mukim Joh Labok, Machang dengan kos RM630 juta dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menelan belanja RM401 juta," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!