'Kenapa pembangkang diam bila ringgit mengukuh?’ – Anwar

Anwar beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Darussalam Puchong Kampung Batu 13 1/2 Puchong hari ini. - Foto: Bernama
Anwar beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Darussalam Puchong Kampung Batu 13 1/2 Puchong hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PUCHONG - Tindakan pembangkang yang berdiam diri dengan situasi ringgit yang mengukuh dilihat seperti menimbulkan persoalan tentang peranan semak dan imbang mereka terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, situasi sama sekali berbeza apabila ringgit menunjukkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika sejak beberapa bulan lepas, dengan pihak pembangkang yang secara berterusan mencaci kemampuan pihak kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Pada masa yang sama, Anwar berkata, beliau memandang positif keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) memotong 50 mata asas kadar faedah, satu tindakan yang akan memberi kelebihan kepada usaha pengukuhan ringgit.

“Itu keputusan dia (The Fed), tapi kadang-kadang keputusan itu ada kesan (kepada ekonomi negara), tetapi kalau setakat mereka potong (mata asas kadar faedah), itu memberikan laluan kepada penguatan ringgit yang mula berjalan, Alhamdulillah menjadi lebih baik.

“Walaupun kadang-kadang rakan (pembangkang) kita di sana tak nampak, bila nampak ringgit melemah dia hentam dan caci kita berterusan, bila menguat (hanya berdiam diri) ... kita kata Alhamdulillah. Jadi cukup setakat ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Masjid Darussalam, Puchong pada Jumaat, apabila ditanya tentang kesan tindakan The Fed itu kepada ekonomi negara. - Awani



Ringkasan AI

Kritikan Pembangkang: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pembangkang berdiam diri apabila ringgit mengukuh, tetapi sering mengkritik kerajaan apabila ringgit lemah berbanding dolar Amerika.

Artikel Berkaitan:

Keputusan The Fed: Anwar memandang positif keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat untuk memotong 50 mata asas kadar faedah, yang membantu mengukuhkan ringgit.

Pengukuhan Ringgit: Anwar menekankan bahawa keputusan The Fed memberi laluan kepada penguatan ringgit, dan beliau bersyukur atas peningkatan ini walaupun pembangkang tidak mengakui usaha kerajaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!