Tertarik kaedah mudah dan komisen tinggi, peniaga makanan rugi RM200,000

Seorang peniaga makanan kerugian RM200,000 selepas mendakwa terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud pada pertengahan Ogos lepas. Foto hiasan
Seorang peniaga makanan kerugian RM200,000 selepas mendakwa terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud pada pertengahan Ogos lepas. Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga makanan kerugian RM200,000 selepas mendakwa terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud pada pertengahan Ogos lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintenden Dr Mohd Roslan Mohd Tahir berkata, lelaki berusia 46 tahun itu terlihat iklan pelaburan di Facebook yang menawarkan keuntungan RM100,000 dalam tempoh dua hari bagi modal RM10,000.

Beliau berkata, mangsa dikatakan hanya perlu membuat bayaran ke atas akaun yang diberikan dan menunggu pulangan wang.

"Mangsa yang tertarik dengan kaedah mudah dan komisen tinggi itu kemudiannya telah melakukan lima transaksi pembayaran ke atas akaun sebuah syarikat berjumlah RM200,000 pada 3 hingga 15 Sept lepas bagi mendapatkan keuntungan yang banyak.

"Bagaimanapun, mangsa berasa ditipu apabila tidak menerima keuntungan dijanjikan dengan diberikan pelbagai alasan, sebaliknya dia diarahkan untuk membuat lagi bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata susulan itu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!